Pakej Haji Bersama Rayhar Travels

Kami dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyempurnakan ibadah Haji bersama Rayhar Travels Sdn Bhd (RTSB), sebuah syarikat pengurusan perjalanan yang telah dipercayai sejak tahun 1990. Selama lebih tiga dekad, kami berdedikasi dalam membantu jemaah Malaysia mencapai impian mereka untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji dengan sempurna.

Rayhar Travels telah diiktiraf secara rasmi dan didaftarkan di bawah:

  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (No Lesen MOTAC IU0264 (01/01/2026))
  • Kementerian Kewangan Malaysia
  • Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) (No. Ahli: BM 303)
  • Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) (No. Ahli: HO 20-3 055 52)

Sebagai pemegang Lesen Khas Haji (No. Siri Lesen: KKKP/PL: 1814) dan salah satu syarikat pengelola jemaah haji yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji, RTSB berdiri sebagai rakan ibadah yang diyakini.

Agensi pelancongan yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Lebih 37 tahun pengalaman mengendalikan jemaah Haji dan Haji semenjak tahun 1990
Agensi pengelola Haji yang telah memeterai kontrak dengan muasassah yang dilesenkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi
Kelainan Pakej Haji Rayhar
Dipercayai Sejak 1990/1410 Hijrah

  • Kami bukan sekadar menguruskan perjalanan ibadah; kami junjung amanah yang suci menyantuni tetamu Allah dan Rasul dengan penuh tanggungjawab. Sebagai antara perintis pengurusan haji di Malaysia, kami telah berkhidmat sejak tahun 1990 (1410 Hijrah). Lebih tiga dekad pengalaman ini bukan sekadar angka, tetapi warisan yang membentuk keutuhan nilai kami dalam memahami denyut nadi dan keperluan setiap jemaah.
  • Tunjang kepada warisan ini adalah Pengarah Urusan kami sendiri, YBhg Tuan Haji Harun. Sejak hari pertama penubuhan, beliau masih kekal aktif turun padang memimpin dan menguruskan jemaah di Tanah Suci. Pengalaman 'on-ground' beliau yang tidak ternilai ini telah mencipta satu 'know-how' (selok-belok) pengurusan jemaah yang tiada tandingan.
  • DNA 'Rayhar' ini adalah cara kami menyantuni tetamu Allah yang mengalir dalam setiap ahli pasukan kami, dari pengurusan atasan hingga ke petugas di lapangan. Pasukan kami adalah jaminan untuk ketenangan dan kelancaran ibadah anda.
Bimbingan Komprehensif di Tanah Air dan Tanah Suci

  • Ibadah Haji adalah sebuah perjalanan rohani sekali seumur hidup. Justeru, kami menyediakan bimbingan lengkap untuk ketenangan fikiran dan kesempurnaan ibadah anda. Komitmen kami bermula dari hari pertama anda mendaftar di Tanah Air, merangkumi setiap aspek persiapan ilmu dan logistik.
  • Apabila tiba di Tanah Suci, bimbingan komprehensif diteruskan dengan penuh dedikasi oleh barisan Asatizah kami. Mereka bukan sahaja berpengalaman luas, tetapi merupakan guru agama yang di tauliahkan oleh Tabung Haji yang memegang sijil PEKTA (Pengkursus Haji Tanah Air) dan PIHTAS (Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci). Ini menjamin bahawa setiap kemusykilan akan terjawab dan setiap rukun dapat dilaksanakan dengan sempurna dan yakin.
  • Ilmu Mantap, Ibadah Sempurna, Haji yang Mabrur tercapai, Insya-Allah.
Lokasi Strategik: Bukan Sekadar 'Dekat Dataran' atau 'Perkarangan Masjid'

  • Keistimewaan utama Pakej Haji Rayhar adalah jaminan penginapan di lokasi strategik, yang amat dekat dan memudahkan.
  • Di Makkah:
    Kebanyakan hotel pilihan Rayhar berada di kawasan Ajyad Street. Kelebihannya? Ia adalah penempatan hotel yang terdekat dengan Pintu King Abdul Aziz, iaitu pintu utama yang memberi anda akses terus ke dataran Kaabah.
  • Di Madinah:
    Semua jemaah pakej Rayhar akan menginap di Hotel Dallah Taibah. Hotel ini terletak 100M dari dataran, serta mempunyai kelebihan khas yang sangat dekat dengan Pintu 25, iaitu akses utama ke ruang solat jemaah wanita.
  • Kedua-dua lokasi strategik ini membolehkan jemaah mengoptimumkan masa solat lima waktu tanpa gagal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan tenang dan selesa.
LENGKAPKAN IBADAH & ZIARAH ANDA: NIKMATI 8 MALAM PENUH DI MADINAH

  • Kami faham, mengurangkan tempoh malam di Madinah boleh merendahkan harga pakej. Namun, fokus utama Rayhar adalah memaksimumkan waktu beribadah dan ziarah. Kami mahu anda berada dan bersemayam di Masjid Nabawi dan menelusuri sirah Nabi SAW melalui ziarah yang dibimbing oleh Guru Agama Rayhar yang berpengalaman.
  • Oleh itu, kami menjamin 8 malam penuh di Madinah di lokasi strategik Hotel Dallah Taibah. Ini adalah komitmen kami, Rayhar tidak mengorbankan keselesaan masa atau kemudahan lokasi demi harga yang lebih rendah.
  • (Pengecualian: Pakej Safwah Platinum dan Safwah Gold direka khas untuk perjalanan lebih singkat, tidak termasuk tempoh 8 malam ini.)
PERCUMA Tiket Haramain: Perjalanan Pantas, Masa Ibadah Terjaga

  • Kami di Rayhar memahami bahawa setiap minit di Tanah Suci adalah amat berharga. Perjalanan darat yang panjang menggunakan bas antara Madinah dan Makkah boleh mengambil masa antara 6 hingga 8 jam, satu tempoh yang meletihkan.
  • Justeru, sebagai komitmen kami terhadap keselesaan maksimum para jemaah, semua pakej kami kini didatangkan dengan satu keistimewaan: Tiket Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain (Haramain High Speed Train) kelas ekonomi secara PERCUMA.
  • *Tawaran ini adalah tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan dan kelulusan Pihak Berkuasa Arab Saudi.
Sajian Lengkap 3x Sehari: Makanan Sedap, Ibadah Mantap

  • Bagi memastikan anda sentiasa bertenaga untuk beribadah, kami menyediakan sajian lengkap 3 kali sehari di hotel penginapan anda. Anda tidak perlu risau tentang soal makanan. Bergantung pada pilihan pakej, anda akan disajikan dengan Bufet Antarabangsa atau Asia.
  • Paling istimewa, kami turut bawakan Sajian Citarasa Melayu yang sesuai dengan selera jemaah haji Malaysia.

Pilihan Pakej Haji 1447H/2026M

SILA PILIH KATEGORI ANDA

Galeri Rayhar

Testimoni

Soalan Lazim

YA KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PMN , ANGGARAN JARAK DARI KHEMAH MINA KE KOMPLEKS JAMRAH -+1KM METER SAHAJA ATAU MUNGKIN LEBIH DEKAT LAGI (TERTAKLUK KEDUDUKAN KHEMAH YG DI BERI OLEH PIHAK BERKUASA SAUDI).
HOTEL MEDINAH KAMI SANGAT DEKAT DENGAN MASJID NABAWI. 100 METER SAHAJA BAGI HOTEL DALLAH TAIBAH DAN 10 METER SAHAJA BAGI HOTEL MEDINAH OBEROI . HOTEL BERTARAF 5 BINTANG MEMBERI KELEBIHAN KEPADA JEMAAH HAJI TERUTAMA JEMAAAH WANITA KERANA HOTEL INI BERDEKATAN DENGAN PINTU PAGAR MASJID NO.338 MENUJU PINTU NO.25 IAITU PINTU MASUK KHAS UNTUK JEMAAH WANITA.
YA ADA , KAMI ADA PILIHAN HOTEL BERTARAF 3 BINTANG TETAPI LOKASI BERTARAF 5 BINTANG. Pakej Hotel Olayan di Mekah yang hanya 140 meter dari Masjidil Haram.jarak yang sangat dekat menjimatkan masa dan tenaga. Jemaah lebih fokus untuk beribadah diMasjidil haram tanpa perlu berjalan kaki dengan jarak yang jauh.
RM2000 sahaja. Jemaah haji Terpilih sahaja perlu buat bayaran. Jemaah status Rayuan tidak perlu bayar apa-apa pun.
YA BETUL , CUMA 90% JEMAAH BUAT HAJI TAMATTUK`, 10% JEMAAH HAJI BUAT HAJI IFRAD
YA BOLEH ! TERTAKLUK KELULUSAN TH DAN MELIBATKAN KOS TAMBAHAN.
YA ! WAJIB BAGI JEMAAH BERUMUR 65 TAHUN KEATAS (VAKSIN DIAMBIL 2024/2025)
PIHAK TH AKAN BUKA KLINIK DAN HOSPITAL PADA MUSIM HAJI , SEMUA JEMAAH HAJI MALAYSIA BERHAK MENDAPATKAN RAWATAN DISITU. JIKA JEMAAH MEMBELI INSURANS TAMBAHAN, BILA PERGI KE KLINIK SWASTA ATAU NAK BELI UBAT-UBATAN, BOLEH PAID AND CLAIM DENGAN INSURANS.
YA ADA! JADUAL KURSUS HAJI BOLEH DISEMAK DI WEBSITE RAYHAR https://rayhar.com/kursus/haji.

Perlukan Bantuan?

Kami Sedia Membantu Anda

Puan Hajah Rohani

Pengawai Perkhidmatan Rayhar

WhatsApp

Senarai Perkhidmatan Kami