Ucapan Pengarah Urusan

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya, Rayhar Travels Sdn Bhd sekali lagi dilesenkan oleh Tabung Haji untuk mengendalikan Jemaah haji di bawah kaedah PJH (Pengelola Jemaah Haji) bagi musim 1445H. Tahun ini merupakan tahun ke 35 berturut-turut kami dilesenkan. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh Tabung Haji dan sokongan berterusan daripada orang ramai, kami merasa yakin akan dapat mengekalkan prestasi dan keunggulan serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Pakej Haji Rayhar demi kesempurnaan ibadah Jemaah Haji yang menyertai kami. Semoga hajat Bakal Haji untuk menunaikan fardhu Haji pada musim ini menjadi kenyataan, InsyaAllah.
Terima Kasih.


Hj. Harun Ahmmu
Pengarah Urusan
Pakej Haji Bersama Rayhar

Sila Pilih Kategori Anda

Kenapa Anda Perlu Pilih Rayhar

Rayhar Travels Merupakan Syarikat Yang Mempunyai Pengalaman lebih 35 tahun dalam pengendalian Haji

Maksud Pakej Haji

Dalam konteks pengendalian Jemaah Haji di bawah kaedah Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diluluskan oleh Tabung Haji, Pakej Haji Rayhar adalah satu pakej perkhidmatan tambahan yang telah dirangka dengan sebaik mungkin, berpandukan kepada pengalaman dan maklum balas daripada pelbagai pihak dengan harapan agar para Jemaah Haji Rayhar akan berada dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna demi ketenangan, kesenangan dan kekhusyukan beribadah di Tanah Suci dengan tujuan mendapatkan Haji yang mabrur.