SWISS + GERMANY 13 - 21 OCT 2024
Tempoh
9 HARI 6 MALAM
Kategori Pakej
PERCUTIAN 2024
Bil. Kumpulan
25 Orang / Bas

BONUS

  • Tiket Bot di Rhein Falls
  • 4 Malam di Hotel 4 Bintang
  • Free Boat Ride di Rhein Falls
  • Tiket masuk ke Tasik Blausee
  • Keretapi Tasch Zermatt
  • Sarapan Pagi & Makan Malam
  • Termasuk Tipping

HIGHLIGHTS

Switzerland dikurniakan dengan keistimewaan di setiap sudut muka buminya. Cuba bayangkan keindahan semula jadinya, gunung alpine dan lembah-lembah yang mempersona, kampung-kampung seperti di dalam filem fantasi, tasik yang jernih, bandar serta bangunan bersejarah dan banyak lagi tarikan menjadikan ia destinasi idaman.

Rhein Falls
Air terjun yang sangat menarik ini, merentangi Sungai Rhein merupakan air terjun terbesar dan terpenting di Benua Eropah. Ianya 150 meter lebar dan 23 meter tinggi dan merupakan salah satu sumber penjanaan elektrik terbesar bagi kota Zurich. Rheinfall berusia lebih 15,000 tahun dan satu ketika dulu ia pernah menjadi tumpuan pedagang sebagai pelabuhan masuk ke Eropah Tengah.

Interlaken
Merupakan salah satu resort yang paling terkenal dan popular di Switzerland. Ia terletak di antara dua Alpine Lakes, Lake Thun di sebelah barat manakala Lake Brienz di sebelah timur. Kita akan menginap selama dua malam di Interlaken untuk menerokai keindahan landskapnya yang menakjubkan dan permandangan pergunungan yang damai.

Zermatt
Terletak 1,608 meter dari aras laut adalah salah satu daripada car-free village dan antara tempat pelancongan utama di Switzerland. Kereta awam tidak dibenarkan masuk ke sini. Yang ada hanya kereta kuda serta kereta yang menggunakan kuasa bateri atau kenderaan elektrik sahaja. Oleh kerana itu dari Terminal Tasch, kita akan menaiki keretapi yang merentasi pergunungan yang indah untuk ke Zermatt. Jelas dapat dilihat 29 gunung lain di sekelilingnya termasuk Gunung Matterhorn yang sangat terkenal dan paling tinggi di situ iaitu setinggi 4,478 meter dari paras laut. Puncak Matterhorn itu lah yang menghiasi pembalut coklat Toblerone.

Iseltwald
Adalah sebuah kampung tipikal di Switzerland kerana suasananya yang tenang seolah-olah tiada berpenghuni. Iseltwald menjadi perhatian pelancong serata dunia kerana menjadi salah satu lokasi drama Korea, Crash Landing on You.

Bern
Kita meneroka bandar tercantik iaitu Bern, ibu negara Switzerland. Pasti terpana melihat seni bina bandar ini berkonsepkan zaman abad pertengahan seperti di filem-filem barat. Old Town Bern telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1480. Terkenal dengan muzium, galeri seni, bangunan klasik bersejarah, menara jam yang berusia berabad-abad, panorama indah ini seakan kita berada di abad ke-16. Bern bukan sahaja salah satu bandar tercantik di dunia, ia juga merupakan salah satu bandar terpelihara terbaik. Amatlah rugi jika tidak datang ke Bern alang-alang datang ke Switzerland.

Lauterbrunnen

Dikatakan berusia lebih 800 tahun bermaksud "banyak mata air" kerana terdapat 72 air terjun yang boleh kita temui di sini termasuk Air Terjun Staubbach yang hampir 300 meter tingginya. Filem The Hobbit dan The Lord of The Rings juga diinspirasi dari tempat ini. Jom bergambar sambil duduk santai minum Hot Chocolate berlatarbelakangkan air terjun.

Lucerne
Sebuah bandar yang mempunyai bangunan serta binaan yang menarik termasuk jambatan kayu yang tertua di dunia, The Chapel Bridge yang cukup ikonik dibina pada abad ke-14. Ianya merupakan salah satu mercu tanda di Switzerland. Bagi pengemar jam tangan Swiss, di sini terdapat butik-butik yang menjual jam tangan berjenama Rolex, Chopard, Omega, Tag Heuer dan sebagainya. Selain itu juga boleh membuat pilihan untuk menaiki cruise mengelilingi Tasik Lucerne.

Tasik Blausee
Terkenal dengan airnya yang jernih berwarna turquoise hasil dari pancaran matahari dan pantulan cahaya. Kedalaman tasik ini sekitar 10 meter namun kita masih boleh lihat batu besar, kayu di dasar tasik serta ikan Trout berenang-renang kerana kejernihan airnya. Di tasik ini juga kita berpeluang menaiki bot dan akan ada guide yang akan pandu dan bercerita mengenai Tasik Blausee. Ia memang seperti lukisan.

Zurich
Bandar yang merupakan pusat perdagangan, kewangan dan kebudayaan ini adalah sebuah bandar terbesar di Switzerland. Hampir 50 buah muzium dan 100 galeri seni didirikan disini. Pada tahun 2006 dan 2007, bandar ini telah dinobatkan sebagai bandar yang memiliki kualiti hidup terbaik di dunia. Bagi yang ingin membeli bag, pakaian dan barang barang berjenana, di sini lah tempatnya. Seperti di Lucerne, di sini juga boleh membuat pilihan untuk menaiki cruise di Tasik Zurich yang terkenal dengan keindahannya.

Maka tunggu apa lagi, jom kita ke Switzerland

bersama Rayhar

JADUAL PERJALANAN

Harga mengikut Bilik (Seorang)
Harga
Bilik Ber-1 : Dewasa
RM11680
Bilik Ber-1 : Kanak-kanak dengan katil
RM11680
Bilik Ber-2 : Dewasa
RM9380
Bilik Ber-2 : Kanak-kanak dengan katil
RM9380
Bilik Ber-3 : Dewasa
RM9380
Bilik Ber-3 : Kanak-kanak dengan katil
RM9180
Kanak-kanak tanpa katil
RM0
Bayi
RM1900

  • Tiket penerbangan antarabangsa
  • Penginapan 6 malam di hotel berserta sarapan pagi
  • 6 kali makan malam 'freshly cooked' setiap hari
  • Kenderaan yang selesa sepanjang lawatan
  • Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual
  • Bayaran tipping
  • Pemandu pelancong Melayu Muslim
  • Air Mineral 500ml semasa lawatan
  • Hadiah komplementari dari Rayhar Travels

  • Insurans perjalanan​
  • Kos perbelanjaan / beli-belah
  • Makan tengahari
  • Bayaran bagasi lebih had
  • Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, mini bar dan lain-lain
  • Bayaran masuk (ENTRANCE FEE) ke tempat berikut:
    • Mount Titlis + Murren Apline Village + Panoramic Train Matterhorn
      CHF 230.00 (Pelepasan Musim Sejuk)
    • Mount Titlis + Cable Car Grindelwald + Panoramic Train Matterhorn
      CHF 250.00 (Pelepasan Musim Bunga & Luruh)


FAQs

Suhu di Switzerland pada musim sejuk adalah di antara -1°C hingga 4°C mengikut kawasan:

  • ​Kawasan bandar (Zurich, Geneva): antara -1.6°C hingga 5.4°C.
  • Kawasan tinggi (Pergunungan Alps, Zermatt): antara -3.5°C hingga -12°C

Untuk musim sejuk di Switzerland, anda disarankan untuk memakai jaket sejuk atau kot yang tebal, hand glove, muffler kerana cuaca yang sangat sejuk pada masa itu. Jika anda pergi ke kawasan pergunungan seperti Mount Matterhorn, anda digalakkan untuk memakai kasut kalis air serta memakai padded winter jacket untuk keselesaan anda semasa bermain salji di sana.

Matawang yang digunakan di Switzerland adalah dalam berbentuk Swiss Franc (CHF). Anda juga digalakkan untuk mengaktifkan kad debit/kredit untuk transaksi antarabangsa supaya memudahkan anda jika ada kecemasan yang memerlukan pembayaran segera.

Butiran Pakej
Penerbangan
QR 853
13 Oct 2024
KUL DOH
20:25/22:45
QR 59
14 Oct 2024
DOH MUC
01:50/06:50
QR 96
20 Oct 2024
ZRH DOH
16:40/23:25
QR 852
21 Oct 2024
DOH KUL
02:50/15:25
Penginapan
Hotel
-
*Sila klik (+) untuk tambah peserta dan (-) untuk kurangkan peserta
Bilik
Dewasa
Kanak 2
Bayi
Bilik SEORG
-
+
-
+
-
+
Bilik Ber-2
-
+
-
+
-
+
Bilik Ber-3
-
+
-
+
-
+
Jumlah
RM 0