












































HIGHLIGHTS
United Kingdom
Selain dari berpeluang melihat bangunan ikonik di Kota London, kita juga ada lawatan di luar kota London seperti Windsor Castle, University of Oxford. Windsor Castle ialah istana tertua dan terbesar di dunia dan telah menjadi istana kepada 40 raja. Seterusnya, University of Oxford, yang menduduki tempat teratas mengikut senarai di “World University Rankings 2023” dan universiti penyelidikan terkemuka di dunia dan yang tertua di UK (1096). Bahkan, menjadi pilihan untuk lokasi pengambaraan filem Harry Potter. Kita juga akan membeli belah di Bicester Village Outlet dan Oxford Street.
Paris Kota Cinta, Kota Fesyen
Bila bercakap mengenai kota cinta, tidak lain tidak bukan pastinya Eiffel Tower yang terbayang di fikiran. Yang mahu bershopping, ada banyak butik-butik berjenama di Champs Elysees dan di La Vallee Village.
Brussels Grand Place, Waffle dan Coklat
Kita akan berkunjung ke mercu tanda yang paling ikonik di Brussels iaitu Grand Place yang dibina dari abad ke 14 dan berada dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil menikmati kelazatan Waffle dan Coklat Belgium. Oh ya! tak lupa juga bergambar di Atomium.
‘Free Boat Ride’ di Giethoorn
Giethoorn adalah sebuah destinasi yang damai dengan udara yang bersih dan tidak tercemar di Netherlands kerana merupakan ‘Car-Free Village’. Penduduk di sini menaiki basikal ataupun bot bagi kelangsungan hari mereka. Jom rasai pengalaman menaiki Bot di Giethoorn.
Really, kita akan teruja dengan Giethoorn yang Wow!
Tulips oh! Tulips Keukenhof
Keukenhof merupakan taman bunga terbesar di dunia. Kira kira lebih 7 juta bunga ditanam setiap tahun. Hanya dibuka lebih kurang 9 minggu bermula March hingga May. Hati pasti terpersona melihat keindahan pelbagai jenis bunga terutamanya Bunga Tulips.
Masjid Terbesar di Jerman
Masjid Cologne, ialah masjid terbesar di Jerman. Pembinaannya telah menelan belanja sekitar 15-20 juta euro. Masjid seluas 4.500-meter persegi ini mampu menampung hingga 4,000 jemaah dibina dengan rekabentuk yang moden dan futuristik.
Mount Stanserhorn , Switzerland
Di Mount Stanserhorn kita boleh merasai pengalaman menaiki Funicular dan The World's First Open-Top Double Decker Cable Car. Bila berada di Mount Stanserhorn, kita boleh menyaksikan Banjaran Alps yang indah, Tasik, Bandar Lucerne dan perkampungan Switzerland.
Ziarah dan Solat di Masjid
Pakej yang seimbang dengan masa lawatan, masa membeli belah, masa bersantai, disamping menziarahi dan solat di masjid-masjid yang terdapat di London dan Eropah.
JADUAL PERJALANAN
Harga
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan antarabangsa
- Perjalanan bermula dari London dan pulang dari Switzerland
- Penginapan 9 malam di hotel berserta sarapan pagi
- 9 kali makan malam (bukan Instant Meal)
- Kenderaan selesa sepanjang lawatan
- Tiket Masuk ke Keukenhof
- Tiket Boat di Giethoorn
- Pemandu pelancong Melayu Muslim
- Air Mineral 500ml semasa lawatan
- Hadiah komplimentari dari Rayhar Travels
Pakej Tidak Termasuk
- Insurans perjalanan
- Kos perbelanjaan / beli-belah
- Makan tengahari
- Bayaran bagasi lebih had
- Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, minibar dan lain-lain
- Lawatan pilihan:
- Seine River Cruise Euro 15.00
- Mount Stanserhorn CHF 80.00