HIGHLIGHTS
London, United Kingdom
Selain dari berpeluang melihat bangunan ikonik di Kota London, kita juga ada lawatan di luar kota London seperti Windsor Castle, University of Oxford. Windsor Castle ialah istana tertua dan terbesar di dunia dan telah menjadi istana kepada 40 raja. Seterusnya, University of Oxford, yang menduduki tempat teratas mengikut senarai di “World University Rankings 2023” dan universiti penyelidikan terkemuka di dunia dan yang tertua di UK (1096). Bahkan, menjadi pilihan untuk lokasi pengambaraan filem Harry Potter. Kita juga akan membeli belah di Bicester Village Outlet dan Oxford Street.
Paris Kota Cinta, Kota Fesyen
Bila bercakap mengenai kota cinta, tidak lain tidak bukan pastinya Eiffel Tower yang terbayang di fikiran. Kita juga akan bergambar di Louvre Museum iaitu museum yang terbesar di dunia dan membeli belah di La Vallee Village serta butik-butik berjenama.
Brussels Grand Place, Waffle dan Coklat
Kita akan berkunjung ke mercu tanda yang paling ikonik di Brussels iaitu Grand Place yang dibina dari abad ke 14 dan berada dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil menikmati kelazatan Waffle dan Coklat Belgium. Oh ya! tak lupa juga bergambar di Atomium.
‘Free Boat Ride’ di Giethoorn
Giethoorn adalah sebuah destinasi yang damai dengan udara yang bersih dan tidak tercemar di Netherlands kerana merupakan ‘Car-Free Village’. Penduduk di sini menaiki basikal ataupun bot bagi kelangsungan hari mereka. Jom rasai pengalaman menaiki Bot di Giethoorn.
Really, kita akan teruja dengan Giethoorn yang Wow!
Tulips oh! Tulips Keukenhof
Keukenhof merupakan taman bunga terbesar di dunia. Kira kira lebih 7 juta bunga ditanam setiap tahun. Hanya dibuka lebih kurang 9 minggu bermula March hingga May. Hati pasti terpersona melihat keindahan pelbagai jenis bunga terutamanya Bunga Tulips.
Masjid Terbesar di Jerman
Masjid Cologne, ialah masjid terbesar di Jerman. Pembinaannya telah menelan belanja sekitar 15-20 juta euro. Masjid seluas 4.500-meter persegi ini mampu menampung hingga 4,000 jemaah dibina dengan rekabentuk yang moden dan futuristik.
Mount Pilatus, Switzerland
Jom rasai pengalaman yang menyeronokkan dengan menaiki keretapi di ’The World's Steepest Cogwheel Railway’.
Ziarah dan Solat di Masjid
Pakej yang seimbang dengan masa lawatan, masa membeli belah, masa bersantai, disamping menziarahi dan solat di masjid-masjid yang terdapat di London dan Eropah.
JADUAL PERJALANAN
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan disambut oleh pemandu pelancong
- Daftar masuk hotel di London
- Melawat Tower Bridge & Tower of London
- Melawat Buckingham Palace
- Melawat London Eye, Big Ben & House of Parliament
- Melawat Oxford Street
- Bermalam di London
- Melawat Windsor Castle
- Melawat University of Oxford
- Melawat Bicester Village Outlet
- Bermalam di London
- Daftar keluar hotel
- Menaiki feri ke Calais, France
- Daftar masuk hotel di Paris
- Melawat La Vallee Village
- Melawat Lourve Museum
- Melawat Eiffel Tower
- Melawat Champs Elysees
- Bermalam di Paris
- Daftar keluar hotel
- Melawat Atomium, Brussels
- Brussels City Tour
- Daftar masuk hotel di Brussels
- Daftar keluar hotel
- Melawat Zaandam Mosque
- Melawat Zaanse Schans
- Amsterdam City Tour
- Daftar masuk hotel di Amsterdam
- Melawat Giethoorn Car-Free Village
- Melawat Keukenhof Tulips Garden
- Bermalam di Amsterdam
- Daftar keluar hotel
- Solat dan ziarah di Cologne Central Mosque
- Daftar masuk hotel di Karlsruhe, Germany
- Daftar keluar hotel
- Melawat Mount Pilatus
- Lucerne City Tour
- Daftar masuk hotel di Zurich
- Daftar keluar hotel
- Dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich untuk penerbangan pulang
- Transit di Doha
- Tiba di KLIA
* Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan
Harga
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan antarabangsa
- Penginapan 10 malam di hotel beserta sarapan pagi
- Perjalanan bermula dari UK dan berakhir di Zurich
- Makan malam di hotel (packed) ditempah dari Restoran Halal/Orang Malaysia yang menetap di UK/Eropah
- Kenderaan berhawa dingin untuk ke tempat lawatan
- Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual
- Bayaran tip untuk pemandu dan pemandu pelancong
- Pemandu pelancong Melayu Muslim
- Air Mineral semasa lawatan
- Tiket menaiki Canal Cruise Giethoorn
- Tiket masuk Keukehof Tulips Garden
- Hadiah komplimentari dari Rayhar Travels
Pakej Tidak Termasuk
- Insurans perjalanan
- Kos perbelanjaan / beli-belah
- Makan tengahari
- Bayaran bagasi lebih had
- Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, minibar dan lain-lain
- Lawatan pilihan: Mount Pilatus CHF 80.00