HIGHLIGHTS
TASIK ASHI
Dikenali juga sebagai Tasik Hakone, Tasik Ashinoko adalah sebuah tasik yang indah di kawasan Hakone, Wilayah Kanagawa di Pulau Honshu, Jepun. Ia adalah tasik kawah gunung berapi di barat daya Caldera Gunung Hakone. Tasik ini amat popular kerana mempunyai pemandangan Gunung Fuji di belakangnya dan ada banyak kolam air panas. Beberapa bot persiaran dan feri merentasi tasik, menyediakan pemandangan indah untuk pelancong. Peserta Rayhar berpeluang menaiki feri merentasi Tasik Ashi sambil menikmati pemandangan yang sangat indah.
OWAKUDANI HOT SPRING - BLACK EGG
“Owakudani Hot Spring" ialah sumber mata air panas yang luas di Owakudani di Hakone-machi, Wilayah Kanagawa. Owakudani ialah jejak gunung berapi di mana Gunung Berapi Hakone meletus kira-kira 3000 tahun yang lalu. Kolam Air Panas Owakudani ialah salah satu daripada "Hakone Niju-yu." Ini ialah kolam air panas yang dicipta dengan menambahkan air kepada wap gunung berapi Owakudani. Owakudani mempunyai banyak bekalan mata air panas yang diedarkan ke mata air panas di seluruh Hakone. Kualiti mata air kolam air panas Owakudani adalah berasid (pH 2.5) sulfat. Air berasid panas sangat baik dan mempunyai kesan penyembuhan pada luka, jerawat dan penyakit kulit. Ia juga berkesan untuk melegakan neuralgia, sakit otot dan keletihan. Di Owakudani juga terkenal dengan 'black egg' yang wajib dicuba oleh para pengunjung yang melawat ke sini. Black Egg adalah telur yang direbus dalam air panas Owakudani yang dipercayai oleh masyarakat Jepun dapat memanjangkan hayat selama 7 tahun.
HAKONE ROPEWAY
Laluan Ropeway Hakone menghubungkan antara Stesen Togendai dan Stesen Souzan di bandar Hakone, Wilayah Kanagawa. Kereta gantung, yang memuatkan sehingga 18 orang, berjalan setiap minit, dan berhenti di Stesen Togendai, Stesen Ubako, Stesen Owakudani dan Stesen Souzan. Perhentian di altitud tertinggi kira-kira 130 meter menghadap secara meluas ke bandar di Hakone dan Gunung Fuji, yang kelihatan berbeza dalam empat musim. Anda bakal menikmati keindahan gunung berapi, tasik, kolam air panas, gunung berapi dan pelbagai lagi keindahan alam semulajadi ciptaan Allah dari altitud tertinggi.
MIKAWA ANJO -TOYOHASHI BULET TRAIN EXPERIENCE
Tidak sah sekiranya melawat ke negara Jepun tanpa pengalaman menaiki keretapi “Shinkansen”, keretapi terpantas di dunia. Bersama Rayhar, anda bakal menikmati pengalaman yang mengujakan menaiki keretapi peluru atau bullet train yang mampu bergerak sehingga mencapai kelajuan 186 mph/200kph dan memuatkan lebih 1000 penumpang pada satu-satu masa.
HARAJUKU-TAKESHITA STREET, ASAKUSA-NAKAMISE STREET, UENO – AMEYOKOI STREET
Sepanjang perjalanan di beberapa bandar besar Jepun, para peserta berpeluang untuk singgah di pelbagai lokasi tempat membeli belah sambil mengenali budaya dan adat masyarakat Jepun. Anda juga berpeluang membeli pelbagai cenderamata barangan Jepun sebagai kenang-kenangan.
TOKYO TOWER
Menara Tokyo ialah sebuah menara komunikasi dan observatori di daerah Shiba koen di Minato, Tokyo, Jepun, dibina pada tahun 1958. Pada 332.9 meter (1,092 kaki), ia adalah struktur kedua tertinggi di Jepun. Strukturnya ialah menara kekisi inspirasi Menara Eiffel yang dicat putih dan oren bagi mematuhi peraturan keselamatan udara. Lebih 150 juta orang telah melawat menara itu. FootTown, bangunan empat tingkat betul-betul di bawah menara, menempatkan muzium, restoran dan kedai. Para peserta dapat menikmati keindahan bandar Tokyo dari atas menara Tokyo.
Maka tunggu apa lagi, jom kita ke Jepun bersama Rayhar
JADUAL PERJALANAN
- Tiba di Lapangan Terbang Kansai dan disambut oleh pemandu pelancong
- Bergerak ke Kobe
- Melawat Kobe Harbor Port
- Solat di Masjid Kobe
- Bergerak ke Osaka
- Bergambar di Osaka Castle
- Melawat Shinsaibashi & Dotonbori
- Daftar masuk hotel di Osaka
- Sarapan pagi & daftar keluar hotel
- Bergerak ke Kyoto
- Melawat Arashiyama Bamboo Forest
- Solat di Kyoto Muslim Centre
- Melawat Kiyomizu Temple
- Bergerak ke Aichi
- Menaiki bullet train dari Mikawa-Anjō ke Toyohashi
- Daftar masuk hotel di Toyohashi
- Sarapan pagi & daftar keluar hotel
- Bergerak ke Mt Fuji
- Menaiki cruise Lake Aishi
- Melawat Owakudani Hot Spring-Black Egg
- Melawat Gotemba Premium Outlet
- Daftar masuk hotel di Fuji
- Sarapan pagi & daftar keluar hotel
- Bergerak ke Tokyo
- Melawat Harajuku Takeshita Street
- Melawat Shibuya Crossing
- Solat di Masjid Tokyo
- Melawat Asakusa Nakamise Shopping Street
- Melawat Ginza Street
- Daftar masuk hotel di Tokyo
- Sarapan pagi & daftar keluar hotel
- Melawat Tokyo Tower
- Melawat Roppongi Hill-Roppongi Hard Rock
- Solat di Masjid Okashimachi
- Melawat Ueno Ameyokoi Street
- Melawat Akihabara / Ginza Street
- Dihantar ke lapangan terbang Haneda untuk penerbangan pulang
Harga
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan antarabangsa (20kg)
- Penginapan 4 malam di hotel
- Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu
- Kenderaan persendirian berhawa dingin ke tempat lawatan
- Bayaran masuk ke lokasi yang dinyatakan dalam jadual
- Bayaran tips kepada pemandu pelancong
- Surcaj hujung minggu
- Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
- Makanan ketika penerbangan (pergi dan balik)
- Air mineral semasa lawatan
- Barangan komplimentari dari Rayhar Travels
Pakej Tidak Termasuk
- Insurans perjalanan
- Kos perbelanjaan/beli-belah
- Makan dan minum selain dalam jadual
- Bayaran bagasi lebih had
- Caj peribadi di hotel: Panggilan telefon, mini bar dan lain-lain
- Kos RT-PCR/RTK & kos kuarantin sekiranya perlu
FAQs
Is Japan open to foreign tourists now?
- Yes, visa free tourism resumed October 11, 2022.
Does Japan still require masks?
- Wearing face masks is recommended in most public places.
What are 5 Japanese etiquette rules?
- Avoid Staring At or Pointing At Others.
- Group Over Individual.
- Do Not Smoke on the Street.
- Recycle Properly.
- Make Sure to Clean Up.
- Don't Make Noise in Public Places.
Why do people love Japan?
Japan is one of the oldest civilizations and has a beautiful and diverse history. The stunning, diverse scenery with mountains and breathtaking views, which are much appreciated by the Japanese, offers so many different experiences that attract tourists from all corners of the world.